fb fb fb fb fb

Penjawat awam digesa sokong usaha urus negara dengan baik, amanah

KOTA BHARU, 18 Jun- Seluruh penjawat awam pelbagai peringkat digesa agar mendokong hasrat kerajaan Malaysia Madani untuk menguruskan negara dengan baik dan amanah.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk melakukan perbelanjaan yang berhemah.

Jelas beliau, pengurusan kewangan negara jika tidak dilakukan dengan kerangka yang terurus, akan membebankan generasi akan datang dengan beban hutang yang tinggi dibuat pemimpin tidak amanah.

"Maknanya pimpinan di semua peringkat harus berbelanja dengan cermat dan berhemah jangan boros. Ini wang negara.

"Saya beri arahan jelas jangan tambah peruntukan, jangan beri peruntukan baiki rumah rasmi jangan beri kereta baru, gunakan kereta rasmi yang sedia ada," ketika Majlis Amanat Khas YAB Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri Kelantan di Kompleks Balai Islam Lundang, di sini.
 
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan turut hadir pada program itu.
 
Anwar turut bertegas bahawa beliau tidak berhasrat untuk menaikkan sebarang bentuk cukai yang memberi kesan kepada rakyat berpendapatan rendah.

(Anwar Ibrahim)

Media Baharu