fb fb fb fb fb

BizFrancais Perak 2023 sasar RM3.68 juta potensi pembiayaan

IPOH, 18 Jun- Program BizFrancais Perak 2023 yang menyasarkan sebanyak RM3.68 juta potensi pembiayaan.

Untuk itu, usahawan di Perak digalakkan untuk menceburi sektor perniagaan francais.

Exco  Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Koperasi dan Pembangunan Usahawan Perak Salbiah Mohamed berkata, ia berikutan jumlah perniagaan tersebut di negeri itu masih rendah berbanding negeri-negeri lain.

Setakat ini, hanya 31 syarikat dan jenama francais tempatan menjalankan perniagaan di Perak.

"Macam saya kata, kadang kala stigma usahawan dia melihat perniagaan francais ini lebih kepada francais yang memerlukan modal yang besar.

"Ia mungkin disebabkan mereka kurang pengetahuan tentang bisnes francais yang ada di Malaysia. dengan program seumpama ini, siri jelajah yang diadakan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), kita mengharapkan maklumat mengenai bisnes francais ini dapat disampaikan secara langsung kepada usahawan di Perak dan dapat melahirkan usahawan francais," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program BizFrancais Perak 2023 di sini.

Salbiah turut menambah, kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada sektor perniagaan francais di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 menerusi pelbagai program keusahawanan yang digerakkan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STEP).  

(Salbiah Mohamed)

Media Baharu