fb fb fb fb fb

Y-Hub @Belia Kedah: Platform buat belia jalankan aktiviti komuniti

(FOTO RTM)

ALOR SETAR, 18 Jun-Y-Hub @ Belia Kedah, bakal menjadi platform golongan belia menjalankan perkhidmatankomuniti.

Berfungsi sebagai pusat sehenti, penyertaan program itu turut dibuka kepada komuniti setempat.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Mohamad Suhaimi Md Saad menerusi kenyataan, ia menjadi ruang selamat anak muda menjalankan aktiviti sekaligus, meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap fungsi dan kebolehan belia.

Tambahnya, penyertaan secara terbuka juga dapat memaksimumkan penggunaan fasiliti dan kemudahan yang terdapat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Projek berkenaan disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.

Kedah, antara enam negeri sebagai perintis projek berkenaan tahun ini dan Selangor, menjadi lokasi bagi pelancaran di peringkat kebangsaan nanti.


(FOTO RTM)

Media Baharu