fb fb fb fb fb

129 pendatang sembunyi dalam trak kargo ditahan

(FOTO REUTERS)

MEXICO CITY, 18 Jun- Pihak berkuasa Mexico menahan 129 pendatang yang disembunyikan di bahagian belakang trak kargo, kata Institut Migrasi Kebangsaan.

"Pendatang dari Guatemala, Honduras, El Salvador dan India" itu ditemukan pada malam Jumaat di negeri timur Veracruz, katanya dalam satu kenyataan.

Mexico berada di tengah-tengah gelombang panas yang telah meragut nyawa sekurang-kurangnya lapan orang.

Trak yang penuh dengan pendatang itu ditahan di bandar Sayula de Aleman ketika suhu diramalkan mencecah 44 darjah Celsius, menurut Perkhidmatan Meteorologi Negara.

Institut migrasi berkata 51 pendatang dari Guatemala telah dikembalikan ke negara itu.

19 lagi kanak-kanak bawah umur tanpa ditemani dari Guatemala dan Honduras telah dipindahkan ke pusat perlindungan khas dan selebihnya dipindahkan ke stesen migrasi.

Beribu-ribu pendatang, ramai yang melarikan diri dari kemiskinan dan keganasan di negara mereka sendiri, melintasi Mexico setiap hari dengan harapan untuk sampai ke Amerika Syarikat.

Sepanjang perjalanan mereka sering menjadi mangsa kumpulan jenayah terancang atau pemerdagang manusia.

Lebih 2,100 pendatang telah diculik di Mexico tahun lalu, menurut Institut Migrasi Kebangsaan. -AFP

                              (129 pendatang sembunyi dalam trak kargo ditahan/REUTERS)

Media Baharu