fb fb fb fb fb

MARA sasar 20,000 pinjaman pelajaran buat B40

(FOTO RTM)

JOHOR BAHRU, 18 Jun-Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan 20,000 pinjaman pelajaran mengikut peringkat pengajian bagi semester baharu bermula bulan depan.

Kemudahan tersebut memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah B40 untuk menyambung pengajian di Institusi Pendidikan MARA dan Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MARA sentiasa melihat kesesuaian pengajian kepada keperluan industri dan pasaran bagi memenuhi sektor pekerjaan seluruh negara.

"Sebab itu program kita sentiasa selaras dengan peluang industri yang menyebabkan keboleh pasaran sebanyak 95%

Setiap program-program yg ditawarkan insitusi MARA mesti relevan dengan industri.

"kedua ada hubungan rapat dan akrab dgn industri," katanya ditemui selepas perasmian Walkabout Karnival Institusi Pendidikan Mara (IPMA) & Program Peace of Mind 5.0 di Plaza Larkin di sini.

Jelas Asyraf lagi, selain memberi penumpuan kepada bidang peluang pasaran tinggi, MARA juga tetap mementingkan bidang sosial bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan dan kemanusiaan.

Beliau ditemui selepas perasmian Walkabout Karnival Institusi Pendidikan Mara (IPMA) & Program Peace of Mind 5.0 di Plaza Larkin, Johor.

Sementara itu, menerusi program yang diadakan selama dua hari ini, pihaknya menyasarkan seramai 6,000 pengunjung bakal menerima manfaat daripada penganjuran karnival tersebut.

Siri jelajah kedua karnival iberkenaan turut berlangsung serentak di Sabah dan juga Pahang bermula semalam sehingga hari ini.


(Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki)

Media Baharu