fb fb fb fb fb

Wataniah sasar satu anggota, satu tentera menjelang 2025

(FOTO RTM)

KUANTAN, 18 Jun-Orang awam disaran menyertai Askar Wataniah bagi membantu mengukuhkan kesiapsiagaan pertahanan negara.

Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mejar Jeneral Datuk Hamdan Ismail berkata pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya satu nisbah satu kepada seorang tentera menjelang 2025.

Menurutnya, ketika ini penyertaan orang awam terhadap pasukan simpanan berkenaan mencapai hampir 80 peratus.

"Penyertaan orang awam semakin meningkat.

"Ini juga merupakan satu lagi peluang kerjaya buat orang awam menceburi bidang ketenteraan.

"Menceburi bidang ketenteraan kita menjaga keselamatan komuniti, selain membentuk jati diri dan disiplin.

"Ini peluang bagi para majikan-majikan bagi galakkan staf menceburi Wataniah", katanya pada sidang media sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke-65 yang bertempat di Rejimen 505 Askar Wataniah, Kem Force 136, di sini.

Turut hadir, Panglima 4 Briged (Mekanize), Briged Jeneral Rofi Muhammad dan Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Briged Jeneral Shamshor Jaafar.

Dalam sambutan itu, kira-kira 37 pegawai dan 254 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Sukarela termasuk simpanan dari seluruh negara terlibat dalam perbarisan yang diadakan.

Turut disampaikan, Anugerah Rejimen Terbaik, Anugerah perkhidmatan Cemerlang (APC), sijil penghargaan dan pemakaian pangkat kepada pegawai dan anggota LLP.


Dalam pada itu, Hamdan berkata kaum bukan Melayu turut digalakkan menyertai Askar Wataniah bagi memperkasakan lagi benteng pertahanan negara.




(Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mejar Jeneral Datuk Hamdan Ismail)

Media Baharu