fb fb fb fb fb

Penjadualan semula SPM 2022 bagi 533 calon bermula 16 Mac

KUANTAN, 5 Mac- Penjadualan semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi 533 calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan itu akibat banjir akan bermula pada 16 Mac ini.

Penjadualan peperiksaan tersebut melibatkan tiga kertas peperiksaan iaitu Fizik, Ekonomi dan Sains Rumah Tangga.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata ia melibatkan 450 calon di Johor, Pahang (79) dan Sarawak (4) bagi kertas mata pelajaran Ekonomi, Sains, Fizik dan Sains Rumah Tangga yang berlangsung pada 1 dan 2 Mac lalu.

"Kita akan bermula pada 16 Mac, tetapi juga akan lihat dari semasa ke semasa khususnya persediaan logistik dan lain-lain yang terkait rapat. Jadi kita berdoa tiada lagi pertambahan tarikh dan kita tidak mahu anak-anak kita diberikan tekanan, kerana cuaca seperti ini", katanya kepada media di sini.


(Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek/Foto fb Fadhlina Sidek)

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi tumpuan kepada reka bentuk sekolah-sekolah yang baharu hendak dibina dengan kalis bencana supaya lebih bersedia menghadapi bencana seperti banjir.

Reka bentuk kalis bencana tersebut tertumpu kepada lokasi yang kerap berdepan bencana banjir.

"Sebab itu di peringkat KPM, selain daripada kita memberi tumpuan kepada pembangunan sekolah-sekolah daif, kedua penyelenggaraan, ketiga sekolah-sekolah baharu yang kita hendk bina ini memang kita tumpukan kepada yang dipanggil reka bentuk sismik, reka bentuk yang kalis kepada bencana", katanya.

Beliau ditemui selepas pelancaran Gerakan Massa #terimakasihcikgu dilancarkan sempena sambutan Hari Guru tahun 2023 peringkat kebangsaan bertemakan Guru Insani, Pemangkin Generasi Madani di Kuantan, Pahang.

Media Baharu