Penipuan digital: Silibus pencegahan perlu diperkenalkan – PPIM

Foto BERNAMA

Kuala Lumpur, 9 Ogos – Silibus mengenai pencegahan penipuan digital wajar diperkenalkan susulan kes melibatkan jenayah berkenaan semakin berleluasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengerusi PPIM Datuk Nadzim Johan menekankan silibus pencegahan digital membantu bina daya tahan masyarakat terhadap pelbagai taktik penipuan.
  • Kesedaran perlu dipupuk sejak awal supaya orang ramai tidak mudah terpedaya panggilan palsu yang mendesak pemindahan wang segera.
  • Sudah tiba masanya wujud silibus asas mendidik masyarakat cara kenal pasti dan elak menjadi mangsa penipuan.

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata, Langkah tersebut turut membina daya tahan masyarakat terhadap pelbagai taktik penipuan.

Katanya, kesedaran perlu dipupuk sejak awal agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan panggilan palsu yang bertujuan menakutkan mangsa dan mendesak untuk segera memindahkan wang.

“Saya rasa sudah tiba masanya kita mempunyai satu silibus asas yang mendidik masyarakat tentang cara mengenal pasti dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.”katanya.

Beliau ditemui selepas program Selamat Pagi Malaysia, di Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.