fb fb fb fb fb

Peningkatan jumlah pelancong dapat kukuhkan mata wang negara

PORT DICKSON, 4 Julai- Peningkatan jumlah pelancong yang masuk ke dalam negara dapat memperkukuh nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) sekali gus memperbaiki prestasi nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memainkan peranan penting bagi memastikan kelancaran di pintu masuk negara agar dapat menarik kemasukan kira-kira 200 juta pelancong dari China.

"Sentiasa tingkatkan kecekapan. Apa yang saya ingin dan harapkan agar lebih ramai pelancong datang ke Malaysia dan tiada halangan di pintu masuk, walaupun mereka perlu mengikut prosedur.

"Maksudnya tiada halangan teknikal yang menyebabkan mereka perlu berbaris panjang sehingga mereka mencari negara yang mempunyai pengurusan lebih cekap. Perkara itu tidak seharusnya berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui media pada Lawatan Rasmi Timbalan Menteri Kewangan Satu ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sini.

Ahmad Maslan turut memaklumkan lebih RM800,000 jumlah rampasan dan tangkapan menerusi operasi daripada pihak JKDM Negeri Sembilan dengan nilai cukai yang sepatutnya dikutip berjumlah RM1.4 juta melibatkan barangan seperti rokok, minuman keras dan kenderaan.

(Ahmad Maslan)

Media Baharu