MIRI, 4 Julai - Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) Kecerdasan Buatan (AI) pada lampu isyarat sekitar Bandaraya Miri membantu mengurangkan kesalahan trafik, nahas dan kesesakan jalan raya.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, buat permulaan, CCTV tersebut akan dipasang di lampu isyarat Jalan Merbau dan Jalan Pujut-Miri sebelum diperluas ke kawasan lain.
Jelas beliau inisiatif itu diambil susulan peningkatan jumlah kemalangan jalan raya di kawasan itu membabitkan 680 kes bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
"Pemasangan CCTV AI ini mampu merakam pergerakan had laju, nombor pendaftaran kenderaan, kesalahan dilakukan termasuk menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
"Semua data ini akan diserahkan kepada Polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan undang-undang kerana kita mahu pemandu mematuhi peraturan jalan raya," katanya semasa melancarkan CCTV AI di sini.
Teknologi tersebut mampu merakam pergerakan had laju, nombor pendaftaran kenderaan termasuk kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
Pemasangan CCTV AI di lampu isyarat sekitar Miri bantu kurangkan kesesakan lalu lintas
