fb fb fb fb fb

APM Perak pantau 147 lokasi 'hotspot' banjir

(FOTO RTM)

LUMUT, 4 Julai -Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak memantau 147 lokasi ‘hotspot’ banjir di negeri itu ekoran cuaca tidak menentu ketika ini.

Pengarahnya, Kolonel (PA) Rohaizad Hadli berkata ia melibatkan kawasan perumahan dan sungai yang kerap berlaku banjir kilat dalam tempoh lima tahun lalu.

Antara lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ialah di daerah Kinta dan Hilir Perak.

Katanya, APM turut memantau 50 kawasan yang berisiko tanah runtuh.

" 36 orang anggota terdiri daripada 12 pasukan diletakkan di setiap daerah bagi memantau dan membuat rondaan.

"Pasukan ini juga akan bertindak memberi khidmat nasihat serta laporan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini di kawasan berisiko", katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Rohaizad turut berkata pihaknya juga bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi penyaluran bantuan sekiranya berlaku bencana.


(Pengarah APM Perak, Kolonel (PA) Rohaizad Hadli)

Media Baharu