fb fb fb fb fb

Adinda Sultan Terengganu Mangkat

(FOTO FB Korporat suk Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 4 Julai- Adinda Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin iaitu Tengku Norhana Almarhum Sultan Mahmud mangkat pada 4.52 pagi tadi di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar, jenazah Tengku Norhana tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud petang tadi menggunakan pesawat khas.

Jenazah dibawa ke Balai Islam untuk penghormatan terakhir sebelum disolatkan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang di sini pada 4.40 petang dan disemadikan di sana.

Sultan Mizan menitahkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula hari ini dengan pemakaian songkok berlilit kain putih seinci bagi lelaki Islam, lelaki bukan Islam (selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan baju dan tali leher hitam), perempuan Islam (tudung putih) dan perempuan bukan Islam (selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan).

Majlis tahlil akan diadakan selama tiga malam berturut-turut di Istana Syarqiyyah di sini bermula malam ini.- BERNAMA


(FOTO FB Korporat Suk Terengganu)

Media Baharu