fb fb fb fb fb

Peniaga sosej bakar maut dihempap pokok

FOTO JBPM

KEMAMAN, 18 September- Seorang peniaga wanita maut dihempap pokok dalam kejadian hujan lebat di Pantai Penunjuk, Kijal, kira-kira pukul 6.15 petang tadi. 

Mangsa dikenali sebagai Saleha Ashaari, 49 tahun merupakan warga Kemboja dan bertaraf penduduk tetap meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di kepala. 

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata ketika kejadian, hujan lebat baru sahaja berlaku dan mangsa sedang berniaga sosej bakar serta air balang bersama anak perempuannya secara tiba-tiba dihempap sebatang pokok berhampiran.

Mangsa berjaya dibawa keluar  sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kijal dan telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Manakala anak perempuannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian hujan lebat dan angin kencang itu turut menyebabkan beberapa batang pokok di lokasi kejadian tumbang menghempap beberapa buah kenderaan.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE