fb fb fb fb fb

Pulau Pinang bakal tebang 54 pokok di George Town

Sebanyak 27 batang pokok di lima jalan sekitar George Town bakal ditebang

GEORGE TOWN, 18 September- Sebanyak 54 batang pokok di lima jalan sekitar George Town bakal ditebang bagi menghadapi fenomena angin kencang ketika ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Ir A Rajendran berkata keputusan itu dibuat selepas pemeriksaan terhadap 1,321 batang pokok berkenaan mengalami pereputan, jangkitan dan telah berusia.

Ia melibatkan pokok di Jalan Kelawai, Jalan Utama, Jalan Perak, Jalan Macalister dan Jalan Burma.

Kerja-kerja penebangan akan bermula minggu depan dan dijangka selesai pertengahan Oktober.

"Di samping itu, majlis juga sedang mempertimbang penebangan 54 batang pokok yang tidak sihat dan berisiko di Jalan Burma, Perak dan Maclister. Lima jalan ini telah siap kajian dan berdasarkan penilaian risiko 54 pokok akan ditebang dari 1,321 pokok di sekitar jalan ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media secara dalam talian di laman media sosial rasmi MBPP, petang tadi.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, hampir 200 aduan berhubung pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang diterima dalam tempoh tiga hari bermula Ahad lalu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI