fb fb fb fb fb

Peniaga perlu sedia hadapi cabaran mendatang - Fadillah

(Foto Fadillah Yusof)

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Peniaga tempatan perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran mendatang bagi menarik minat lebih ramai pelabur global ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Gabungan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) berada di landasan tepat dalam menyatupadukan industri dan menggalakkan perpaduan dalam kalangan ahlinya.

"Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa Pandemik COVID-19 adalah peringatan yang jelas untuk kita memahami kuasa perpaduan dan tindakan kolektif jika kita ingin mengharungi situasi sukar," katanya semasa berucap dalam Majlis Anugerah Industri Malaysia (MINDA) di sini.

Fadillah turut yakin MINDA akan mendapat pengiktirafan di luar negara dan peniaga-peniaga terlibat akan terus membantu dalam mengukuhkan ekonomi negara untuk generasi akan datang.


(Foto Fadillah Yusof)

Media Baharu