KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' serta isteri dan anak lelakinya ditahan reman hari ini selepas disyaki terbabit kes pengubahan wang haram.
Memetik laporan Bernama, ketiga-tiga mereka ditahan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
“Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang,” katanya kepada Bernama malam tadi.
Pengasas bersama pemegang saham syarikat penerbangan ditahan reman
