fb fb fb fb fb

Isu buli: KKM tidak teragak-agak ambil tindakan

(Zaliha Mustafa)

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak berkaitan sekiranya terdapat insiden buli dalam kalangan warga kerjanya.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa menyatakan KKM mengambil maklum mengenai tinjauan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkenaan kes buli yang melibatkan pengamal perubatan sektor awam dan swasta.

KKM telah melaksanakan sistem MyHELP yang merupakan satu platform khas bagi melaporkan isu-isu buli yang berlaku.

"KKM memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan isu buli ini. Mana-mana petugas kesihatan yang terkesan dengan isu buli ini bileh membuah aduan melalui sistem MyHelp.

"Saya memberi jaminan bahawa setiap kes yang dilaporkan akan disiasat dengan telus dan terperinci," katanya dalam kenyataan.

Pada 15 Oktober lepas, kajian MMA yang dilaksanakan antara 15 September hingga 1 Oktober lepas mendapati 30 hingga 40 peratus doktor menjadi mangsa buli.

rtm(Zaliha Mustafa)

Media Baharu