fb fb fb fb fb

Peniaga maut dirempuh kereta terbabas di Kedah

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan

SUNGAI PETANI, 28 April- Seorang peniaga maut selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas ke dalam sebuah kedai makan dalam kejadian di Simpang Tiga, Jalan Taman Bersatu, kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa, Han Ching Ting, 55, ketika itu sedang menikmati sarapan di sebuah meja di kedai berkenaan.

Menurut beliau, kemalangan berlaku apabila seorang wanita berusia 68 tahun yang memandu sebuah kereta dipercayai mengalami serangan angin ahmar ringan sebelum hilang kawalan lalu merempuh mangsa.

Mangsa yang berasal dari Lebuh Tunku Kudin 3, Gelugor, Pulau Pinang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Sementara itu, pemandu kereta mengalami kecederaan pada badan dan kaki.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE