MARAN, 4 Mac - Peniaga di Pahang yang masih belum mendapat tempat di Bazar Ramadan diminta supaya menghubungi majlis daerah masing-masing.
Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, ia salah satu usaha kerajaan negeri untuk membantu peniaga di negeri ini memasarkan produk mereka selain meraih pendapatan sepanjang Ramadan.
Menurutnya, di Pahang, ruang bazar telah dibuka awal untuk semua peniaga dengan lesen, permit sudah dikeluarkan.
"Memang kita sudah berhubung dengan Majlis Daerah untuk kemas kini sebab itu saya cakap tadi kita tidak buat maksimum.
"Kita cuba buat minimum supaya seluruh usahawan dapat bersama dalam satu tempat supaya semua produk mereka dapat di pasar dalam satu tempat kami telah melihat beberapa data bertemu dengan agensi untuk dapat proses supaya mereka di letakkan satu tempat terutama di bulam ramadan ini", kata Amizar yang ditemui media sempena Karnival Jualan Rahmah Madani Peringkat Negeri Pahang di Dataran Anjung Bandar Pusat Jengka, di sini pada Ahad.
Jelasnya lagi , banyak peluang perniagaan diberikan kepada seluruh usahawan di Pahang sempena bulan Ramadan.
Ujarnya, majlis daerah telah dihubungi untuk proses kemas kini bagi mendapatkan data sebenar jumlah peniaga yang terlibat bagi tujuan pemutihan.
Ia secara tidak langsung, dapat menggelakkan isu-isu berkait seperti masalah keselamatan, kebersihan terutama membabitkan peniaga tepi jalan.