fb fb fb fb fb

Peniaga bebas tuduhan komunikasi jelik, berhubung vaksin COVID-19

Foto Fail

KUALA KANGSAR, 11 Oktober- Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar melepaskan dan membebaskan seorang peniaga, daripada pertuduhan komunikasi jelik terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung kesan pengambilan vaksin, empat tahun lalu.

Hakim Rohaida Ishak memutuskan bahawa hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan gagal membuktikan kes prima facie.

Pertuduhan dibuat kerana Muhammad Zaki Omar, 39 tahun, memuat naik hantaran di media sosial mengenai tuntutan pampasan kematian seorang anggota polis akibat suntikan vaksin COVID-19, bukan dengan niat menyebar berita tidak benar atau menimbulkan kegusaran awam.

Hantaran itu dilakukan di platform Facebook pada 3 April 2021, kira-kira pukul 11.39 malam.

Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No.2) 2021.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM