fb fb fb fb fb

Peniaga bazar di P. Pinang diingatkan tidak naikkan harga, jaga kebersihan

Foto hiasan

BAYAN BARU, 1 Mac- Peniaga bazar Ramadan di Pulau Pinang diingatkan supaya tidak menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya serta menjaga kebersihan sepanjang operasi perniagaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, sekiranya peniaga mengingkari perkara itu mereka bakal berdepan tindakan penguatkuasaan.

"Saya berharap Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Jabatan Kesihatan Negeri dan daerah dapat melakukan pemeriksaan berkala di bazar-bazar Ramadan ini.

"Selain itu pastikan juga peniaga menjaga kebersihan sewaktu beroperasi dan harga jualan pada kadar berpatutan supaya lebih ramai pengunjung akan datang ke bazar Ramadan khususnya di Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pickle Green Pickleball Court di sebuah pasar raya di sini.

Umat Islam seluruh negara akan memulakan ibadah puasa pada Ahad, 2 Mac.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI