fb fb fb fb fb

Pengusaha makanan yang beroperasi dari rumah digalak daftar KKM

SEPANG, 7 Jun- Semua pengusaha dan pengendali makanan yang beroperasi dari rumah digalakkan mendaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu bagi meningkatkan keyakinan pengguna mengenai jaminan keselamatan makanan.

"Pengusaha yang beroperasi dari rumah tidak wajib tapi kita dah sediakan satu permohonan yang mudah bagi mereka untuk mereka mohon kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) untuk disenaraikan dalam senarai yang disediakan.

Berita berkaitan
KKM kaji keperluan naik taraf BKKM sebagai pihak berkuasa - Khairy

"Dan apabila mereka memohon mereka mestilah tunjuk bahawa mereka menepati protokol dan kualiti makanan yg ditetapkan KKM,"kata Khairy dalam sidang media selepas merasmikan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan di sini.

(Khairy Jamaluddin dalam sidang media selepas merasmikan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan di Sepang, Selangor)

 

Media Baharu