KUALA LUMPUR, 18 Ogos - Kemajuan fizikal Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi Fasa 1A yang merangkumi 16 pakej kerja kini telah mencapai 84.2 peratus.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2027.
Fasa 1B yang melibatkan 19 pakej kerja pula, dilapor mencatat kemajuan fizikal sebanyak 8.58 peratus.
"Fasa 1A: 16 pakej. Jadual fizikal 90.67 peratus, sebenar 84.2 peratus. Kewangan 90.9 peratus, sebenar 84.16 peratus. 16 pakej ini dijangka siap Mac 2027.
"Untuk Fasa 1B: Jadual fizikal 8.58 peratus (baru dimulakan), sebenar 6.6 peratus. Kewangan 7.79 peratus, jadual sebenar 6.04 peratus. 19 pakej dijangka siap pada Oktober 2028," katanya.
Pertanyaan berkenaan bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan Hashim di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menegaskan, pemantauan rapi dilaksana bersama Jabatan Kerja Raya Sabah bagi memastikan kontraktor yang dilantik mematuhi jadual kerja yang telah dirancang.
Datuk Seri Ahmad turut menafikan dakwaan bahawa projek tersebut diberikan atas dasar “anugerah politik”.
Namun, beliau mengakui terdapat kelemahan dalam penyelenggaraan di beberapa pakej seperti laluan Telupid–Sandakan.