fb fb fb fb fb

Penjawat awam Melaka disaran kuasai AI

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bulan Ogos 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh

 AYER KEROH, 18 Ogos – Penjawat awam di Melaka diingatkan agar meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai persediaan menghadapi cabaran era digital.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, teknologi AI bakal menjadi pemangkin utama dalam urusan pentadbiran kerajaan serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat pada masa hadapan.

“Pada masa akan datang, teknologi AI akan menjadi pemangkin utama dalam pentadbiran kerajaan dan urusan bersama rakyat. Justeru, saya menyeru penjawat awam supaya tidak lagi melengah-lengahkan masa untuk menerokai bidang ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bulan Ogos 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Katanya, latihan digital dan etika AI akan diberikan kepada semua penjawat awam di negeri itu.

Tambah beliau, penguasaan teknologi terkini akan menjadikan Melaka lebih bersedia menghadapi perubahan global.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE