fb fb fb fb fb

KKM kaji keperluan naik taraf BKKM sebagai pihak berkuasa - Khairy

(Khairy Jamaluddin)

SEPANG, 7 Jun- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti keperluan untuk menaik taraf Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sebagai Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata ia selaras dengan perkembangan teknologi masa kini dalam aspek keselamatan dan kualiti makanan.

"Dari semasa ke semasa kita akan buat pindaan, ada beberapa pindaan yang dicadangkan termasuk status BKMM sendiri sama ada terus menjadi program dalam KKM atau dinaiktaraf menjadi Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan," katanya.

(Khairy melancarkan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat
Kebangsaan 2022 di Sepang hari ini)

Beliau menyatakan demikian selepas melancarkan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 bertemakan "Makanan Selamat, Kesihatan Terjaga", di sini hari ini.

Tambah Khairy, penelitian itu juga merupakan sebahagian daripada kajian untuk meminda Akta Makanan 1983 yang masih lagi dijalankan.

BKKM berperanan melindungi pengguna dalam aspek kualiti dan keselamatan makanan untuk memastikan pengguna akhir dapat menikmati makanan yang bersih.

Media Baharu