fb fb fb fb fb

Basmi dadah daripada akar umbi, elak pelajar terjebak

BANDAR HILIR, 7 Jun - Kementerian Pendidikan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta agensi berkaitan perlu lebih giat melaksanakan program kesedaran mengenai bahaya dadah, dalam usaha membasmi aktiviti penagihan dalam kalangan pelajar sekolah.

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, pendedahan mengenainya dari peringkat akar umbi penting untuk mewujudkan generasi muda bebas daripada belenggu dadah.

Malah saringan urin kepada pelajar juga perlu dilakukan secara rawak dan kerap supaya intervensi awal dapat dilakukan sebelum mereka terjebak dengan bahan terlarang itu.

(Dr Muhammad merasmikan Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS)
di Muzium Penjara Malaysia di sini)

"Jadi kita harapkan selepas ini kita bersama dengan AADK dan juga bersama dengan agensi-agensi lain dan juga Kementerian Pendidikan untuk kita akan adakan lebih kerap lagi ujian saringan dadah ini di sekolah- sekolah, supaya kita tidak mahu dadah ini di anggap perkara yang remeh. Kita hendak beri satu pesanan bahawa kita serius, Kerajaan Negeri Melaka serius untuk membasmi dadah terutama dalam negeri Melaka," kata Dr Muhammad di sini.

Tambah beliau, berdasarkan rekod AADK Melaka bagi tahun 2017 hingga 2020 seramai 92 pelajar sekolah dikesan positif dadah melalui saringan urin yang dilakukan di 79 buah sekitar negeri itu.

Media Baharu