KENINGAU, 17 Ogos - Pertanian luar bandar antara tumpuan utama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Ia bagi memperkukuh sektor makanan negara dan meningkatkan taraf hidup masyarakat pedalaman.
Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, langkah ini penting demi memastikan keterjaminan makanan dalam jangka panjang.
" Kita nak memastikan kalau dapat mengutamakan dari segi pertanian dalam negeri memperkasakan ia kerana antara yang penting untuk memastikan bahawa keterjaminan makanan itu akan dilaksanakan jangka waktu panjang ", berkatanya sempena Program Jelajah Borneo RMK13 di Dataran Keningau.
RMK13 memperkenal pelbagai inisiatif termasuk akses teknologi moden, infrastruktur asas dan peluasan pasaran untuk produk tempatan.
Penekanan ini juga strategi mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.
Program Jelajah Borneo RMK13 akan diteruskan ke beberapa lokasi termasuk Semporna, Sri Aman, Mukah dan Miri di Sarawak.