GEORGE TOWN, 17 Ogos - Hari Buletin 4.0 bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Padang Kota Lama menutup tirai dengan penuh gemilang, selepas menerima kehadiran 40,000 pengunjung.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dalam ucapan penutup, turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut.
"Penganjuran ini telah berjaya menghimpunkan 40,000 pengunjung pada hari ini dari pelbagai lapisan masyarakat. Sesungguhnya kehadiran anda dan penglibatan semua dalam pelbagai program ini adalah cerminan semangat kebersamaan dalam meraikan kepelbagaian yang terdapat di Pulau Pinang", katanya.
Beliau turut menyifatkan penganjuran program itu dapat memberi pengalaman luar biasa kepada pengunjung dengan melihat secara dekat kecanggihan aset serta kelengkapan armada laut negara-negara Asia Tenggara.
Pengunjung turut disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan, pertandingan mewarna, cabutan bertuah, reruai jualan dan pameran yang membabitkan agensi-agensi kerajaan serta persembahan pancaragam TLDM