fb fb fb fb fb

Ikan asli masih mendominasi ekosistem di Sungai Triang

Program Ekspedisi Memburu Ikan Baung Ekor Merah (Buru 4.0)

JELEBU, 17 Ogos - Ekosistem di Sungai Triang masih dalam keadaan baik berikutan spesies ikan asli masih mendominasi ekosistem di sungai itu.

Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Kasim Tawe, sepanjang dua hari penganjuran Program Ekspedisi Memburu Ikan Baung Ekor Merah (Buru 4.0) di Dataran Empangan Sungai Buloh Jelebu, kira kira sebanyak 500 kilogram hasil tangkapan berjaya direkodkan dengan lebih 500 penyertaan. 

" Daripada jumlah itu, sebanyak 25 spesies dikenal pasti  masing masing 21 spesies tempatan dan empat daripadanya spesis asing seperti baung ekor merah", katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Ekspedisi Memburu Ikan Baung Ekor Merah (Buru 4.0) di Dataran Empangan Sungai Buloh Jelebu. 

Pada program itu juga sebanyak 10 ribu ekor benih ikan baung sungai bernilai lima ribu ringgit telah dilepaskan ke dalam Sungai Triang sebagai langkah konsisten Jabatan Perikanan Negeri dalam pengurusan  dan pemuliharaan sumber perikanan darat di negeri itu. 

Dalam pada itu, Exco Pertanian Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan menegaskan usaha membanteras spesies ikan liar seperti baung ekor merah perlu dijadikan program tahunan kerana berpotensi mengancam kelestarian ikan asli jika dibiarkan.

HASRON BIN HASSAN