fb fb fb fb fb

Pengusaha dinasihat henti anjur aktiviti rekreasi, sukan lasak pada musim tengkujuh

ALOR SETAR, 3 November- Pengusaha aktiviti rekreasi dan sukan lasak dinasihat menghentikan penganjuran aktiviti tersebut di kawasan yang dikenal pasti berisiko berlaku sebarang bencana, berikutan Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon memberitahu masih terdapat pengusaha yang tidak peka sehingga berlaku beberapa kejadian termasuk pendaki terperangkap berikutan hujan lebat.

Beliau turut memaklumkan, ketika ini Jabatan Perhutanan Kedah menutup sementara semua Taman Eko-Rimba, Hutan Taman Negeri dan kawasan pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal sepanjang musim tengkujuh.

(Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah,
Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon)

Sayani berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Penghargaan kepada warga JBPM Kedah.

Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar menerima sijil penghargaan bagi penyertaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif terbaik.

Sijil penghargaan turut disampaikan kepada pasukan JBPM Kedah yang meraih kejayaan dalam Kawad Kecekapan, Naib Johan Brave Women dalam pertandingan Cadet Challenge peringkat Kebangsaan.

Turut menerima sijil penghargaan, acara Inovasi Pasukan Kadet Bomba Sekolah Menengah Kebangsaan Bakai Baling dan pasukan bomba sukarela.

Media Baharu