fb fb fb fb fb

Pengurangan elaun pembangunan Ahli Parlimen untuk kawal kewangan negara, bertepatan situasi ekonomi dunia

KUALA TERENGGANU, 5 Februari - Pengurangan elaun pembangunan Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata pembaharuan yang akan dilaksanakan itu sangat bertepatan dengan situasi ekonomi dunia ketika ini.

Dalam masa sama, negara ini juga sedang dalam usaha memperkasakan kembali pendapatan rakyat selepas terkesan dengan pandemik COVID-19.

 
(Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah) 

"Datuk Seri Anwar ada sebab beliau kata nak potong peruntukan ini supaya boleh disalurkan kepada 'targeted group' seperti sekolah-sekolah yang daif, kawasan-kawasan yang betul perlu kemudahan asas, jadi biarlah duit itu dipantau perbelanjaannya di tempat yang munasabah, yang di perlukan, itulah kebijaksanaan Datuk Seri Anwar, masa kita tak ada duit perlu lebih jimat, bukan kata kita nak kedekut lah,"

Beliau berkata demikian selepas hadir meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat Tiong Hwa di Kampung Cina, di sini hari ini.

Media Baharu