BANDA HILIR, 2 Julai- 36 pengunjung Menara Taming Sari berdepan detik cemas apabila ikon pelancongan Melaka itu terhenti lebih 30 minit akibat kerosakan sistem.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka memaklumkan, kesemua mangsa selamat dikeluarkan.
Katanya pihak bomba menerima laporan berkaitan kejadian pada pukul 5.58 petang tadi.
Susulan itu, anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah digerakkan ke lokasi kejadian.
Bomba mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap pada ketinggian kira-kira 60 meter dengan bantuan pihak penyenggaraan Menara Taming Sari menggunakan motor sokongan untuk menurunkan pelantar ke bawah.
Kesemua mangsa kemudian dibawa ke tempat yang selamat.
Operasi tamat pada pukul 6.37 petang.
(Pengunjung Menara Taming Sari berdepan detik cemas)