fb fb fb fb fb

Kerjasama persekutuan dan negeri, jamin kelancaran pembangunan

BETONG, 2 Julai- Kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri penting dalam menjamin kestabilan politik agar segala tumpuan dapat diberi terhadap pelaksanaan program pembangunan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Berucap di Majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak di Rumah Panjang Samu, Paku di Bahagian Betong, Ahmad Zahid berkata keserasian dan kesefahaman akan memberi ruang kepada Kerajaan Perpaduan untuk mencari kaedah penyelesaian terbaik dalam memenuhi kehendak rakyat.

"Oleh itu konsep "Segulai Sejalai" daripada komuniti Dayak perlu dihayati oleh semua rakyat agar dapat seiringan demi mencapai kemakmuran bersama.

"Penubuhan Kerajaan Perpaduan pula akan dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat," katanya kepada media di sini.

Di majlis tersebut, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah mengumumkan kelulusan bagi pelaksanaan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) di Bahagian Betong.

Turut diluluskan peruntukan RM1.5 juta bagi membaik pulih Rumah Panjang Nanga Samu dan RM750,000 bagi kerja menaikt araf sistem pendawaian rumah panjang berusia 99 tahun itu.

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid (dua,kanan) menyempurnakan Majlis Merarau Ngiling Tikai
di Dewan Suarah Sri Aman/BERNAMA)

Media Baharu