fb fb fb fb fb

Kerja amal di Vietnam, NGO perlu lapor keberadaan

(FOTO RTM)

HO CHI MINH, 3 Julai-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin melakukan kerja amal di Vietnam, dinasihatkan agar melaporkan kemasukan mereka ke pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh.

Konsul Jeneral, Wong Chia Chiann berkata ia bagi membolehkan persiapan dilakukan, termasuk memaklumkan keberadaan kumpulan terlibat kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

"Saya melihat ini merupakan saluran bagi merapatkan hubungan silaturahim dia antara komuniti Muslim Malaysia-Vietnam.

"Kami pernah melakukan tinjauan di sekitar An Giang, ramai penduduk Muslim Vietnam mengalu-alukan kedatangan NGO Malaysia", katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Aidil Adha di sini.

Majlis itu turut dihadiri 43 peserta Program Ziarah Korban Vietnam Masjid Muhammadi Angkasapuri (RTM) dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM).

Jumaat lalu, kira-kira 20 surau, masjid dan madrasah di Ho Chi Minh menerima 350 kilogram daging siap dibungkus daripada tujuh ekor lembu yang dikorbankan.


(Konsul Jeneral, Wong Chia Chiann)

Media Baharu