SEPANG, 3 Julai-Dakwaan rasuah serta penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Imigresen akan disiasat secara tuntas.
Itu jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kekecohan yang berlaku di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau turut memuji usaha-usaha yang sedang dilakukan Jabatan Imigresen bagi memastikan ketirisan tidak berlaku secara berleluasa.
"Kita akan adakan siasatan perbaiki kalau ada kesilapan, kita ambil tindakan wajar.
"Saya lihat memang Imigresen bertindak positif. Kita harus kenal pasti beberapa kelompok kecil yang masih tidak mampu bawa perubahan termasuk berdepan dengan beberapa tuduhan", katanya selepas melakukan lawatan mengejut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA di sini.
Tambahnya, terdapat beberapa penambahbaikkan perlu dilaksana segera, bagi memantapkan pengoperasian di pintu masuk negara.
(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)