fb fb fb fb fb

RM300 juta naik taraf Jalan Ulu Skrang

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid (dua,kanan) menyempurnakan Majlis Merarau Ngiling
Tikai di Dewan Suarah Sri Aman/BERNAMA)

SRI AMAN, 2 Julai- RM300 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Jalan Ulu Skrang di Sri Aman, Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jalan sepanjang 50 kilometer yang akan berturap itu ketika ini masih di peringkat reka bentuk.

"Sebanyak RM300 juta tadi saya telah umumkan dan RM5.7 juta manakala di Saratok Bahagian Betong nanti saya akan umumkan serentak jumlahnya RM7.6 juta.

"Dan juga penyambungan sistem bekalan air luar bandar untuk kawasan Saratok juga sebanyak RM2.4 juta yang saya bawa hari ini adalah RM315 juta," kata beliau di Majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak di sini.

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jalan sepanjang 50 kilometer yang akan
berturap itu ketika ini masih di peringkat reka bentuk)

Media Baharu