fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah atas kemenangan BN di PRK Ayer Kuning

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mohamad Yusri Bakir, atas kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, malam tadi.

"Tahniah kepada Dr Mohamad Yusri Bakir yang mewakili Barisan Nasional atas kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning yang baru selesai," kata kenyataan itu.

Perkara itu disampaikan menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, suara rakyat pasti diterjemah dengan santun dan berketerampilan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM