fb fb fb fb fb

Dua maut, lapan masih hilang tragedi kepala air di Kemaman

KEMAMAN, 2 Julai- Dua mangsa ditemukan lemas dalam tragedi kepala air di Kampung Air Putih, di sini hari ini.

Manakala lapan orang lagi dikhuatiri masih hilang.

Mayat Azizah Eiyi, 40, ditemukan kira-kira 12.45 tengah hari tadi, manakala anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, pada pukul 5.00 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima panggilan penemuan mayat pertama, seorang wanita di Kampung Laut, Pasir Gajah.

Manakala mayat kedua, seorang kanak-kanak lelaki ditemukan tersangkut pada dahan pokok.

"Siasatan awal, kita percaya keluarga besar ini terdiri daripada 10 orang...tiga lelaki dan tujuh wanita...umur antara empat hingga 40 tahun.

"Setakat ini dua mayat ditemukan dan kita sudah mulakan proses mencari di mana proses pencarian itu kita hentikan dulu sebelah petang kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Operasi akan disambung esok pukul 8 pagi," katanya kepada pemberita, di sini.

(Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan)

Menurut Superintendan Hanyan, kesemua mangsa dipercayai daripada sebuah keluarga, berusia antara empat hingga 40 tahun yang berkelah di kawasan berkenaan petang semalam.

Mereka dipercayai dihanyutkan arus deras selepas berlakunya kepala air, akibat hujan lebat.

Media Baharu