fb fb fb fb fb

KPM teliti salur peruntukan sukan tempur

(Penutup Kejohanan Wushu Kejohanan Wushu Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) - Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) Ke-12, di Bukit Serindit, Melaka)

MELAKA, 2 Julai- Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti peruntukan untuk disalur kepada sukan tempur yang kini sudah diklasifikasikan sebagai aktiviti sukan berbanding aktiviti badan beruniform di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata peruntukan itu bertujuan untuk mengangkat sukan tersebut menerusi pelaksanaan aktiviti dan pertandingan melibatkan murid.  

Menurutnya, KPM sedia bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terutama untuk merancakkan penglibatan murid dalam aktiviti sukan tempur.

"Sebab itu baru diputuskan, jadi KPM pasti akan bekerjasama dengan KBS, kita akan menggalakkan sekolah untuk mengadakan sesi latihan khas dalam sukan ini...kita akan melibatkan pelbagai peringkat...JPN, PPD dan sekolah untuk memasukkan sukan ini dalam kokurikulum," katanya.

(Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying)

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Perasmian Penutup Kejohanan Wushu Kejohanan Wushu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) Ke-12, di Bukit Serindit, di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, sukan tempur seperti Wushu, Silat, Karate dan Taekwando juga bukan milik sesuatu kaum, dan berharap agar semua bangsa dapat mendalami dan mempelajari ilmu sukan tempur itu.

Media Baharu