fb fb fb fb fb

PKR Kelantan sudah hantar senarai pendek calon PRN

(Nik Nazmi ketika meninjau pelaksanaan Projek Pembangunan Persekutuan Tebing
Sungai Kelantan Bagi Projek Jambatan dari Kampung Joh ke Kampung Belimbing)

MACHANG, 2 Julai- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan sudah mengenal pasti senarai pendek calon bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) merebut 14 kerusi yang dipertandingkan pada Plihan Raya Negeri (PRN) nanti.
 
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan dan Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad bagaimanapun berkata, keputusan akhir senarai itu hanya akan diumumkan Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Pengumuman dijangka dibuat dalam masa terdekat.
 
"Senarai pendek sudah ada nanti akan disediakan...kalau di peringkat Keadilan oleh jabatan pilihan raya pusat... Pengarah ialah YB Rafizi Ramli dan keputusan akhir tentulah oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

(Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR
Kelantan dan Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad)

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ditemui media ketika melakukan lawatan kerja ke Machang bagi meninjau pelaksanaan Projek Pembangunan Persekutuan Tebing Sungai Kelantan Bagi Projek Jambatan dari Kampung Joh ke Kampung Belimbing.

 Ketika ditanya mengenai jumlah kerusi yang akan dipertandingkan oleh calon PKR di Kelantan, beliau berkata setakat ini keputusan itu belum diputuskan lagi.

Media Baharu