fb fb fb fb fb

TH disaran cari jalan atasi kesesakan khemah Mina

MEKAH, 2 Julai- Lembaga Tabung Haji (TH) melalui Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji disaran mengadakan ijtihad baharu bagi mencari jalan penyelesaian mengatasi isu semasa operasi masyair, termasuk kesesakan khemah di Mina.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara tersebut perlu dibuat berikutan jumlah kuota jemaah haji yang bertambah setiap tahun.

"Kita ada empat juta yang sedang tunggu giliran. Kalau kita kurangkan kuota itu lagi lama mereka hendak menunggu.

"Cuma dalam konteks sama, bila bertambah kuota, perlu dilihat ijtihad yang baharu itu," kata Mohd Na’im kepada media di sini.

Menurutnya, TH akan mengadakan mesyuarat penutupan melibatkan pelbagai agensi perkhidmatan di Arab Saudi bagi menilai semula tahap perkhidmatan sepanjang musim haji tahun ini.

Sebelum ini tular dalam satu laporan portal mengenai ruang sempit dan sesak di kawasan perkhemahan di Mina.

Isu berkenaan turut dihadapi jemaah haji yang datang mengikut pakej dan jemaah haji dari negara-negara lain.

(Datuk Dr Mohd Na’im berkata TH disaran cari jalan atasi kesesakan khemah Mina)

Media Baharu