SEREMBAN, 2 Julai- Golongan muda perlu mempertimbangkan membuat pilihan parti yang cekap dan mempunyai rekod baik dalam mengatasi isu semasa rakyat terutama yang melibatkan golongan itu.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli Abd. Halim berkata isu berkait rapat dengan golongan muda terutama berkenaan fasiliti dan keperluan semasa dapat diselesaikan dengan mengangkat pihak yang cekap sebagai kerajaan negeri.
"Kita juga harus yakinkan golongan muda bahawa apabila melabur masa sebagai pengundi beri pulangan baik kepada mereka.
"Masalah bukan soal orang tidak suka politik tapi soal bagaimana orang hendak tahu bagaimana undi mereka dapat diterjemahkan. Sebab itu dalam hendak mengatasi masalah tersebut kita bagi jawapan tersebut pandangan apa yang disuakan kementerian kerajaan konteks PRN yang mana ia berkait rapat dengan kehidupan harian," kata Adam kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelepasan peserta Program TVET Belia Malaysia-China di sini.
(Adam Adli berkata golongan muda perlu pilih parti cekap, punyai rekod baik)