
KUANTAN, 3 April – Pendidikan menyeluruh disertai pengukuhan adab serta nilai kemanusiaan merupakan asas penting dalam membentuk generasi pelapis negara.
- Belia perlu cemerlang akademik, berakhlak mulia dan peka kepada masyarakat dalam menghadapi cabaran serta kemajuan teknologi.
- MDEC dan JAKIM bekerjasama sediakan kemudahan pembelajaran berasaskan kecerdasan buatan di institusi pendidikan perintis.
- Program dilaksanakan di enam negeri, memberi pendedahan AI, pemikiran kritis dan inovasi digital kepada 3,000 pelajar.
- Peruntukan diumumkan: RM600,000 untuk naik taraf gelanggang futsal dan RM500,000 bagi dewan pembelajaran baharu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui golongan muda bukan sahaja perlu cemerlang akademik tetapi juga harus mempunyai akhlak yang baik dengan kepekaan kepada masyarakat dalam dunia yang semakin mencabar dan dipacu kemajuan teknologi.
Sehubungan itu, Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia, (MDEC) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (JAKIM) akan bekerjasama menyediakan kemudahan pembelajaran berasaskan kecerdasan buatan di institusi pendidikan perintis di enam negeri.
“Negeri berkenaan, masing-masing Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak serta Pulau Pinang. Inisiatif menyasarkan 3,000 pelajar yang akan diberi pendedahan dengan teknologi AI, pemikiran kritis dan inovasi digital,”kata Datuk Seri Anwar pada Himpunan Anak Pahang MADANI di sini.
Beliau turut mengumumkan peruntukan RM600,000 kerja-kerja naik taraf gelanggang futsal di Kampung Bukit Beirut dan peruntukan RM500,000 untuk sebuah dewan pembelajaran baharu di Pusat Pengajian Islam Ribath Al-Musthofa.