fb fb fb fb fb

Penglibatan syarikat pemula antarabangsa dorong impak positif ekosistem tempatan

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Penglibatan lebih banyak syarikat permulaan antarabangsa di Malaysia mampu merancakkan ekosistem syarikat permulaan tempatan.

Ketua Pegawai Pelaburan Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP), Paramjit Singh Gill berkata ini dapat dicapai melalui perkongsian bakat dan kemahiran antara peniaga tempatan dan luar negara.

"Kami ialah pembangun ekosistem. Ramai yang beranggapan bahawa kami mencari syarikat dan beri dana kepada mereka, namun sebenarnya, kami mencari rakan kongsi yang sesuai untuk pengurusan dana," kata Paramjit kepada pemberita RTM selepas sesi perbincangan 'Peningkatan Modal Teroka' di ibu negara.

Setakat ini, pencapaian MAVCAP bagi jumlah dana yang boleh diakses adalah RM2.2 bilion dan syarikat yang terlibat dalam pelaburan lebih 1,000 syarikat.

MAVCAP merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang menyediakan modal teroka kepada syarikat permulaan.


(Ketua Pegawai Pelaburan Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP), Paramjit Singh Gill)

Media Baharu