fb fb fb fb fb

Penglibatan peguam Malaysia, Singapura boleh selesai isu Batu Puteh

Datuk Seri Anwar Ibrahim

SINGAPURA, 31 Oktober- Penglibatan langsung Peguam Negara antara Malaysia dan Singapura boleh menyelesaikan isu berkaitan Batu Puteh kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu sebagai langkah menyelesaikan isu berkenaan dalam situasi menang-menang.

"Saya telah mencadangkan, usaha itu perlu dilakukan walaupun kedua-dua pihak telah membincangkannya sejak 12 bulan lepas..

"Pendirian kita ialah bahawa isu berkaitan Batu Puteh boleh diselesaikan dengan penglibatan langsung Peguam Negara (AG) Malaysia dan Singapura dalam rundingan," katanya dalam sidang media bersama rakan sejawatannya di sini.

Sementara itu perdana menteri menyifatkan ruang lintas udara antara Malaysia dan Singapura sebagai kemudahan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

"Bagi saya isu yang tertangguh lama termasuk keupayaan udara penerbangan yang diperlukan Singapura. Itu sebagai negara seluruh negara dunia beri laluan.

"Tetapi kita juga akan peroleh kemudahan kerana ratusan peberbangan sehari dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya. Itu juga akan peroleh manfaat kerana memudahkan perjalanan itu bila ada persefahaman itu dan ini telah tercapai," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI