fb fb fb fb fb

Industri peralatan tandas sumbang RM80 bilion

Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Pasaran industri peralatan tandas menyumbang nilai mencecah RM80 bilion pada peringkat global kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Dalam tempoh 10 tahun, industri tersebut turut dijangka akan terus berkembang.

Nga berkata menerusi Anugerah Toilet Of The Year 2023 yang julung kali diadakan mampu memastikan tandas awam di negara ini bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) selain menaikkan imej Malaysia khususnya dalam kalangan pelancong asing.

"Mulai tahun ini, KPKT telah mengorak langkah untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap kebersihan tandas awam di negara ini dengan meningkatkan pengurusan kebersihan dan keselesaan tandas awam melalui konsep BMW.

"Pada pandangan saya, kita perlu ada satu konsep yang sesuai di negara kita untuk dijadikan sasaran bagi mentransformasi kebersihan tandas awam bertaraf dunia," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian acara itu di ibu negara.

Nga berkata inisiatif itu adalah cetusan ideanya dan juga sebagai persediaan bagi Tahun Melawat Malaysia pada 2025.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI