fb fb fb fb fb

'Datuk' palsu diburu, tipu RM1 juta

Individu menggunakan gelaran 'Datuk' palsu diburu pihak berkuasa

ALOR SETAR, 31 Oktober- Polis sedang memburu seorang ahli perniagaan kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan tawaran perniagaan rakan kongsi tidak wujud melibatkan kerugian mencecah RM1 juta.

Suspek dikenali sebagai Mohamad Jaylani Sheikh Mohammad atau dikenali sebagai 'Datuk Mohamad', 44 tahun gagal dikesan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Syed Basri Syed Ali dalam kenyataan berkata, "bahagian siasatan jenayah komersil IPD Kota Setar sedang menjalankan siasatan berkaitan lima laporan polis yang diterima berkenaan kes penipuan tawaran perniagaan rakan kongsi tidak wujud."

"Siasatan juga mendapati, individu berkenaan juga menggunakan gelaran Datuk palsu," katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun atau tidak lebih daripada 10 tahun dan dengan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Bagaimnapun usaha mengesan Mohamad Jaylani sedang giat dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi talian hotline IPD Kota Setar di talian 04-7326999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI