fb fb fb fb fb

Penggunaan tenaga solar diperluas ke arah peralihan tenaga bebas karbon 2050

Tapak Penjanaan Tenaga Solar PV di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai, Indah Water Konsortium Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 21 November- Penggunaa tenaga solar terus dipeluaskan bagi merealisasi peralihan tenaga bebas karbon menjelang tahun 2050.

Ia selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk mengurangkan pelepasan karbon menjelang 2040.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pelaksanaan pemasangan solar photovoltaics (PV) yang melibatkan dua fasa oleh Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd dijangka akan mengurangkan sebanyak 34.4 kiloton setara karbon dioksida (ktCO2e) pelepasan karbon menjelang 2027.

Selain dapat menjimat kos operasi syarikat dalam masa sama dapat memastikan kadar tarif dikenakan kepada pengguna berpatutan .

"Yang mana bagi fasa satu sebanyak 396 tapak telahpun dipilih di seluruh semenanjung tapak-tapak yang berpotensi dan berdaya maju secara komersial untuk melakukan pemasangan panel solar dan setelah selesai, fasa satu IWK dijangka dapat menjana hampir 23,000 megawatt jam tenaga solar setahun dengan anggaran penjimatan tahunan elektrik sebanyak RM1.9 juta menjelang tahun 2026,"katanya.

Tambah beliau lagi bagi Fasa 2 , penilain terperinci sedang dijalankan melibatkan 583 tapak yang berpotensi menjana 21,500 MWj tenaga solar setahun, sekaligus menyumbang penjimatan tahunan tambahan sebanyak RM1.8 juta menjelang 2027.

Beliau berkata demikian kepada pemberita , selepas meninjau dalam lawatan kerja ke Tapak Penjanaan Tenaga Solar PV di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai, Indah Water Konsortium, ibu negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE