KUALA LUMPUR, 21 November- Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, akan meneliti keperluan untuk memperkasa Akta 118 sebagai langkah mengatasi projek perumahan terbengkalai.
Jelas Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ini bagi mengenalpasti kemampuan syarikat pemaju dalam melaksanakan projek dengan sempurna.
Pemantauan menerusi Sistem Pengurusan Bersepadu Perumahan, HIMS turut dipergiat bagi mengenalpasti projek perumahan swasta yang berpotensi untuk terbengkalai.
"Kita akan mengenal pasti punca masalah itu berlaku contohnya projek itu masalah dalaman kita merujuk kepada keadaan syarikat itu sendiri iaitu keupayaan membuat dan menyiapkan projek trsebut, keupayaan untuk menjual, perkara inilah ada keperluan untuk menilai, memperkasa kawalan daripada segi sama ada di peringkat Akta 118 atau peraturan.
"Perkara ini ada yang jangka panjang dan pendek kita cuba kemaskan pemantauan menerusi Sistem HIMS untuk kenal pasti 'red flag' itu diperingkat awal bukan di penghujung projek bila projek itu tidak dapat diselamatkan dan terbengkalai,"katanya.
Ketika ini sejumlah, 111 projek perumahan swasta terbengkalai direkodkan diseluruh negara.