fb fb fb fb fb

Penggunaan teknologi baharu mampu tingkat SSL Sabah

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 15 Jun-Sistem pengairan penanaman padi dan penggunaan teknologi antara aspek yang perlu pertingkatkan bagi membantu negeri Sabah mencapai sasaran kadar sara diri (SSL).

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata inisiatif sedemikian penting bagi membolehkan kadar pengeluaran beras tempatan di negeri itu dipertingkatkan terutamanya bagi mencapai sasaran kadar SSL 75 peratus di Sabah menjelang 2025.

"Kena usahakan menaik taraf sistem pengairan di Sabah. Infrastuktur sangat penting bagi mencapai tujuan tersebut (SSL).

"Saya yakin ia boleh dilaksana dengan keluasan sawah, benih baharu dan komitmen petani.

"Kita boleh capai SSL 100 peratus dengan penerapan teknologi", katanya demikian ketika menjawab soalan wakil Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis berhubung inisiatif bagi memperkasa tanaman padi di Sabah.

Sementara itu mengulas isu berkaitan tindakan Vietnam mengurangkan eksport beras ke negara ini, Mohamad Sabu menjelaskan tindakan tersebut tidak menjejaskan bekalan beras dalam negara.

Katanya lagi, ketika ini hasil beras dalam te meliputi 70 peratus, manakala hanya 30 peratus beras yang diimport.

Menurutnya lagi, 30 peratus beras import meliputi pelbagai negara dan tidak hanya bergantung kepada Vietnam semata-mata.

"Bagi Malaysia, sumber import beras adalah dari pelbagai sumber. Antaranya India, Myanmar, Kemboja, Pakistan dan Thailand.

"Justeru, jika Vietnam mengurangkan eksport, ia tidak akan menjejaskan beras di negara ini", katanya di Parlimen hari ini.


(Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu/FOTO RTM)

Media Baharu